BULETIN KOKURIKULUM

 https://buletinsmkbbkh.tripod.com/buletinkokurikulum

 

EDARAN TERHAD

SMKBBKH

BIL 1/2002

 

 DARI MEJA KETUA EDITOR

Assalamualaikum, syukur alhamdulillah akhirnya Buletin Kokurikulum telah dapat diterbitkan buat julung kalinya. Tujuan utama buletin ini diterbitkan adalah untuk mewar-warkan pen-capaian yang telah diraih oleh para pelajar sekolah kita yang bertungkus-lumus mengharumkan nama sekolah. Dalam keluaran kali ini, hanya akan memuatkan berita-berita sepanjang April sahaja.  

    Sesungguhnya telah banyak ke-jayaan yang membanggakan telah diraih oleh kita maka sewajarnyalah pengiktirafan diberikan kepada anak didik SMK Bandar Bukit Kayu Hitam (SMKBBKH) atas usaha dan sum-bangan mereka.  

    Selain itu,   buletin ini juga akan memaklumkan aktiviti berkaitan ko-kurikulum yang akan berlangsung. Dengan itu diharapkan seluruh warga SMKBBKH akan bersama-sama me-nyokong usaha memartabatkan SMKBBKH sebagai sebuah sekolah yang kecil namun disegani oleh semua.  

    Diharapkan dengan adanya buletin ini akan dapat memotivasikan pelajar agar lebih berkomitmen dalam me-nyertai setiap aktiviti dan pertandingan yang diadakan.  

    Sekian dari meja Ketua Editor.

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

Membangunkan Sekolah ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Dengan Memperkembangan Potensi Individu Sepenuhnya Supaya Mempunyai Aspirasi Negara Malaysia

 

MISI

Melahirkan Pelajar-pelajar yang Berkeyakinan Serta Berkemampuan Mencapai Kecemerlangan Pendidikan Serba Lapangan.

 

SMKBBKH JUARA DALAM PERTANDINGAN LARIAN PERPADUAN.

 

Changloon - 12 April, Beberapa pelajar sekolah kita telah memenangi hadiah sempena hari perpaduan yang diadakan di Changloon. Antara yang memenangi hadiah-hadiah tersebut ialah Hairul Amir Hasmi, Zamri Khalip, Mohd Helmi Ahmad Khozae, Rashidi Othman, Mohd Hafiz Mat Zain, Mohd Huzaimi , Norhasyimah Ahmad dan Noraziah  Yaakob.

 

PERKHEMAHAN KADET POLIS

 

U.U.M – 20-24 April Kadet Polis telah menyertai perkhemahan Kadet Polis peringkat Daerah K.Pasu di U.U.M dan telah memenangi beberapa pertandingan yang dipertandingkan.

Kadet Polis telah memenangi pertandingan mencipta logo (Johan),

Kawad Kaki (N.Johan) dan Merentas Halangan (ke-3).

 

PERTANDINGAN PERBARISAN

 

Alor Setar - P.B.S.M telah menyertai pertandingan perbarisan sempena M.S.S.K di Stadium Darul Aman A.S. Seramai 30 ahli terlibat.

P.B.S.M juga telah menghantar 30 peserta ke  perkhemahan badan-badan beruniform sekolah dan memenangi beberapa pertandingan seperti johan gaget, johan masakan, naib johan kawad kaki, johan seni perkhemahan, peserta terbaik lelaki (Norhaidi Abu Bakar) dan Pasukan Terbaik Keseluruhan.

 

TERKINI

 

Perkhemahan Puteri Islam di Kem Singkir. 4 pelajar dari sekolah kita telah terpilih.

 

Latihan kawad kaki sudah pun bermula di sekolah kita. Sekolah akan  menghantar 4 pasukan untuk per-tandingan kawad kaki peringkat daerah . 4 pasukan tersebut ialah P.B.S.M (L) , K.R.S (L) dan (P) serta Kadet Polis

 

DIARI MEI

1.         Perkhemahan P.B.S.M di Bukit Katil Melaka  pada 13-18.5.02. 10 pelajar tingkatan 4 telah terpilih untuk me-wakili Kedah Darulaman.

2.          

3.         Perkhemahan K.R.S di Kem Sintok Peringkat Daerah pada13-18.5.02. 30 pelajar sekolah kita terlibat.

4.          

5.        Kursus Kepimpinan A.J.K Persatuan dan Kelab di Tapak Khemah SMKBBKH.

6.          

7.         Perkhemahan P.B.S.M peringkat Daerah di U.U.M pada 28-31.5.02.Seramai 30 pelajar kita terlibat.

 

KATA-KATA HIKMAT

Barangsiapa belum merasakan susahnya belajar walau sesaat , ia akan merasakan pahitnya kebodohan seumur hidupnya”

 

IKLAN

Pelajar –pelajar yang berminat untuk menjadi pengarang dan jurutaip Buletin Kokurikulum, sila berjumpa dengan Ketua Editor.

 

 

 

 

KEMBALI KE LAMAN UTAMA

 

Hak Cipta Terpelihara © 2002 SMK Bandar Bukit Kayu Hitam